Thursday, 17 November 2011

Post 2:98 GOLONGAN YANG DILAKNAT ALLAH & RASUL

2-SYAITAN.
-Siapakah yang dikatakan syaitan?
Menurut para pengkaji nash,syaitan adalah jin yang jahat,Allah menciptakannya daripada asap api,ia berbuat maksiat dan kufur serta menyombongkan diri terhadap pencipta-Nya,kemudian sentiasa berusaha memperdayai manusia untuk mengelabui dan menyesatkannya serta merosak kehidupan mereka.
Menurut para pengkaji moral,syaitan adalah cenderung kepada keburukan,iaitu roh jahat yang merosakkan dan menyesatkan.
Syaitan:Iblis.
Telah dinyatakan didalam Al-Quran yang mulia melalui firman Allah s.w.t.: bermaksud, "Syaitan menjanjikan (menakut nakuti ) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan (kedekut),sedang Allah menjanjikan untukmu ampunan daripada-Nya dan kurnia.Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui." (Surah Al-Baqarah:268).
Syaitan :Adalah setiap penderhaka ,yang berupa manusia,jin mahupun haiwan.Dalam ayat lain disebutkan di dalam firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

"Dan bila mereka berjumpa dengan orang yang beriman,mereka mengatakan: 'Kami telah beriman.'Dan bila mereka kembali kepada syaitan syaitan mereka,mereka mengatakan ; 'Sesungguhnya kami
sependirian dengan kamu,kami hanyalah berolok olok. " (Surah Al-Baqarah:14).
Maksudnya ialah apabila berjumpa dengan takan-rakan mereka daripada golongan manusia mahupun jin.Dalam sebuah hadis shahih disebutkan,Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud

No comments:

Post a Comment