Thursday, 17 November 2011

Post 1:DOA AMALAN SEPANJANG HAYAT

Bismillahirrahmaanirrahim...
A Ketika kita hendak berdoa iaitu memohon segala hajat yang baik demi kepentingan dunia dan akhirat,hendaklah disertai dengan tertib,diantaranya ialah:
1.Menjauhi yang daHARAMkan,baik makanan,minuman dan pakaian.
2.Dengan ikhlas hati.
3.Baik sekali bila didahului dengan solat kerana ada hadith yang diriwayatkan oleh Abi Darba' ra bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Sesiapa yang berwudhu' dengan baik kemudian solat dua raka'at,setelah itu berdoa,maka tuhan akan memperhatikan permintaannya,diberinya dengan segera atau diberinya terlambat."
4.Mengucapkan kalimah tahmid(Alhamdulillahi rabbil'aalamiin)Selawat dan salam atas Nabi Muhammad SAW pada awal dan akhir doa.
5.Khusyu' dan tenang.
6.Dengan merendahkan suara da mengharap sepenuh hati.
7.Mengulangi beberapa kali dengan tidak berputus.
8.Menghadirkan hati pada Tuhan.
9.Jangan berdoa untuk berbuat dosa.
10.Jangan berkata bahawa;"Aku telah berdoa,tetapi tidak diperkenankan Tuhan."

No comments:

Post a Comment