1-IBLIS & SEKUTUNYA.
-Siapakah yang dinamakan Iblis?
Iblis: ialah kepala syaitan,iaitu mareka yang menyombongkan diri (yang derhaka).Bentuk jamaknya Abaalis dan Abaalisah.
Menurut jumhur ulama,iblis adalah suatu nama yg asing(tidak berasal dari perkataan Arab).Iblis ,menurut erti bahasa ialah yang terputus dari rahmat Allah,iaitu dikenal dengan sebutan syaitan.
Selain itu juga,ialah asal segala makhluk yang berjiwa syaitan yang diciptakan daripada api.Adapun malaikat diciptakan daripada cahaya.Makhluk api lebih cenderung kepada roh jahat yang setiap manusia wajib menghalaunya dengan kekuatan iman dan keyakinan.Didalam Al-Quran perkataan iblis disebutkan pada sebelas tempat,kebanyakan menceritakan tentang kisah Adam dan keengganan iblis untuk bersujud kepadanya yang dikeranakan dari Adam diciptakan dari tanah.Disebutkan didalam Surah Al-Baqarah yang bermaksud:"Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para Malaikat: 'Sujudlah kamu kepada Adam,maka sujudlah mereka kecuali Iblis,Ia enggan."(Surah Al-Baqarah:34).
No comments:
Post a Comment